Tema & Syarat

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di negeri Melaka dan berwarganegara Malaysia sahaja.
  2. Penyertaan dibahagikan kepada dua kategori:-
    - Kategori Menengah Bawah – bagi pelajar tingkatan 1 hingga 3
    - Kategori Menengah Atas – bagi pelajar tingkatan 4 & 5
  3. Pembentukan peta visual hendaklah berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi mengikut kategori masing-masing.
  4. Setiap tajuk untuk satu penyertaan. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, sama ada tajuk yang sama atau yang lain dari setiap kategori, tetapi setiap peserta hanya berhak untuk menerima  SATU (1) hadiah sahaja.
  5. Rekabentuk peta visual hendaklah dalam saiz A4.
  6. Isi-isi dan fakta-fakta dalam peta visual handaklah menurut sukatan pelajaran dan buku-buku teks Sejarah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  7. Rekabentuk peta visual hendaklah Asli dan mengikut kreativiti masing-masing.
  8. Peta visual yang dikemukakan mestilah kreatif, melambangkan tajuk yang dipilih serta memenuhi Prinsip-prinsip Peta Visual yang disyorkan.
  9. Peta Visual boleh sama ada dihasilkan dengan tangan, iaitu dilukis, gunting dan tampal atau direka bentuk dengan menggunakan komputer mengikut kreativiti peserta.
  10. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang peta visual tersebut.
  11. Setiap penyertaan mesti mendapatkan cop sekolah untuk tujuan pengesahan.
  12. Borang penyertaan yang tidak lengkap atau melanggar peraturan akan terbatal secara automatik.
  13. Penyertaan oleh sesiapa akan diambil sebagai penerimaan Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan ini.
  14. Peta visual akan diadili oleh panel juri yang berkelayakan. Keputusan juri adalah muktamat dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  15. Setiap penyertaan adalah Hak Milik PNI NEURON (M) Sdn. Bhd. PNI NEURON dan Melaka HARI INI berhak untuk menggunakan nama-nama, gambar-gambar,suara pemenang & peserta untuk membuat sebarang publisiti, promosi & pengiklanan tanpa pemberitahuan atau bayaran kepada pemenang & peserta.
  16. Pemenang peraduan akan diberitahu melalui telefon dan/atau e-mel selepas 15 July 2011, iaitu seminggu selepas tarikh tutup penyertaan. Penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana cara atau pengantara lain yang dianggap sesuai atas budi bicara penuh dan mutlak untuk tujuan mengumumkan pemenang peraduan.
  17. Pemenang-pemenang peraduan dikehendaki untuk menghadiri di atas kos dan perbelanjaan sendiri, upacara pemberian hadiah untuk menuntut hadiah yang dimenangi. Jika ada pemenang peraduan yang tidak dapat hadir, pemenang peraduan itu mesti melantik seorang wakil untuk hadir pada upacara tersebut untuk menerima hadiah bagi pihak pemenang.
  18. Jika mana-mana pemenang peraduan tidak dapat menerima, memenuhi, mengambil dan/atau menggunakan hadiah sepertimana yang telah diterangkan bukan disebabkan oleh pihak penganjur, penganjur berhak untuk memilih pemenang alternatif. Penganjur tidak akan menyediakan hadiah yang lain atau pampasan “in kind’.
  19. Para pemenang peraduan bersetuju untuk mengambil hadiah mereka dengan menandatangani surat perlepasan sesuai yang disediakan oleh pihak penganjur.
  20. Tidak ada alternatif wang untuk hadiah-hadiah. Jika terdapat keadaan di mana hadiah tidak dapat disediakan, penganjur berhak untuk menggantikannya dengan hadiah lain yang sama nilainya.
  21. Pengajur berhak untuk mengubah, membetulkan, memadam atau menambah Terma-terma & Syarat-Syarat peraduan ini tanpa memberikan notis terdahulu pada bila-bila masa dan para peserta adalah terikat kepada perubahan-perubahan tersebut.
  22. Bukti mengepos atau menghantar (dalam apa-apa cara sedemikian) penyertaan kepada penganjur tidak boleh dijadikan bukti yang penganjur telah menerima penyertaan tersebut.
  23. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2011 dan penyertaan hendaklah dialamatkan kepada :-

             Peraduan Membentuk Peta Visual Sejarah 2011
             Melaka Hari Ini
             Rumah Media Melaka,
             Jalan Lingkaran MITC,
             75450 Melaka.